SELAMAT DATANG KE WEB BLOG PANITIA KEMAHIRAN HIDUP SK BALIK PULAU  

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Assalamualaikum WBT

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Selamat Hari Guru 2009

Untuk semua guru tidak kira di mana bertugas. Nikmatilah keindahan puisi oleh Usman Awang. Fahami dan selami maknanya


GURU O GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, April 28, 2009

Living Skill

Assalamualaikum WBT

Tahniah diucapkan kepada Panitia Kemahiran Hidup kerana dengan susah payahnya telah berjaya menghasilkan Web Blog Panitia Kemahran hidup

Untuk perhatian semua laman blog ini boleh dilayari melalui alamat di bawah

HTTP://LIVINGSSKILL.BLOGSPOT.COM

Tahniah sekali lagi kepada guru-guru KH SK Balik Pulau

PANITIA KH 2009

Ketua Panitia
En. Rizwan B. Dahlan

Setiausaha
Pn. Saffiahh Bt. Ismail

Ahli Jawatankuasa
Pn. Maznah Mazlan